Blogger Templates

Wednesday, 7 December 2011

PANTUN TEKA-TEKI (2)

BUAH-BUAHAN
1. Waktu subuh ke tepi paya ,
     Hendak menembak seekor buaya,
     Merah pekat warna kulitnya,
     Putih melepak warna isinya.

2. Hang Nadim budak yang pandai,
    Singapura selamat diserang todak
    Tumbuhnya tinggi tegak melampai,
    Sungguh berair berkocak tidak.

3. Masuk ke kebun menoreh getah,
    Lepas menoreh pergi ke pekan,
    Walau berkolam tiada lintah,
    Walau berair tiada ikan.

4. Ke dalam kedai seorang dir,
    Hendak membeli sehelai seluar,
    Jika adik bijak bestari ,
    Apa buah biji diluar.

5. Penulis muda sedang berkarya,
    Suatu kisah di pagi raya,
    Rambutnya lebat merah warnanya,
    Isinya putih manis rasanya.

6. Duduk termenung janganlah leka,
    Kerja tak sudah membunag masa,
    Apakah buah cubalah teka,
    Namanya seperti batu permata.

7. Di tengah pasar beli rambutan,
    Rambutan didikat lalu dijinjing,
    Bersisik-sisik bukannya ikan
    Menyalak pula bukannya anjing.

8. Pergi ke laut di waktu senja,
    Sambik berjalan memikul jaring,
    Buah apa cubalah teka,
    Masuk basah keluarnya kering.

9. Selepas subuh pergi ke ladang,
    Singgah sebentar rumah Pak Long,
    Bentuk daunnya bagaikan pedang,l
    Buahnya umpama pemukul gong.

10. Cantik parasnya si Puteri Molek,
      Pergi kolam duduk berendam
      Rupa buahnya laksana kolek
      Bijinya umpama lada hitam.

Jawapan:
1. manggis
2. tebu
3. kelapa
4. gajus
5. rambutan
6.delima
7.buah salak
8. tebu
9. nanas
10. betik

0 comments: