MAKSUD : - SESEORANG YANG MEMPUNYAI KEJAYAAN YANG SEDIKIT TETAPI SUDAH BERASA BANGGA

Posted by NORLIZA YAAKOP at 16:32 0 comments
BUAH-BUAHAN
1. Waktu subuh ke tepi paya ,
Hendak menembak seekor buaya,
Merah pekat warna kulitnya,
Putih melepak warna isinya.
2. Hang Nadim budak yang pandai,
Singapura selamat diserang todak
Tumbuhnya tinggi tegak melampai,
Sungguh berair berkocak tidak.
3. Masuk ke kebun menoreh getah,
Lepas menoreh pergi ke pekan,
Walau berkolam tiada lintah,
Walau berair tiada ikan.
4. Ke dalam kedai seorang dir,
Hendak membeli sehelai seluar,
Jika adik bijak bestari ,
Apa buah biji diluar.
5. Penulis muda sedang berkarya,
Suatu kisah di pagi raya,
Rambutnya lebat merah warnanya,
Isinya putih manis rasanya.
6. Duduk termenung janganlah leka,
Kerja tak sudah membunag masa,
Apakah buah cubalah teka,
Namanya seperti batu permata.
7. Di tengah pasar beli rambutan,
Rambutan didikat lalu dijinjing,
Bersisik-sisik bukannya ikan
Menyalak pula bukannya anjing.
8. Pergi ke laut di waktu senja,
Sambik berjalan memikul jaring,
Buah apa cubalah teka,
Masuk basah keluarnya kering.
9. Selepas subuh pergi ke ladang,
Singgah sebentar rumah Pak Long,
Bentuk daunnya bagaikan pedang,l
Buahnya umpama pemukul gong.
10. Cantik parasnya si Puteri Molek,
Pergi kolam duduk berendam
Rupa buahnya laksana kolek
Bijinya umpama lada hitam.
Jawapan:
1. manggis
2. tebu
3. kelapa
4. gajus
5. rambutan
6.delima
7.buah salak
8. tebu
9. nanas
10. betik
Posted by NORLIZA YAAKOP at 20:46 0 comments
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan , adakalanya murid hilang tumpuan pada pengajaran guru.Pantun teki-teki ini boleh digunakan sebagai selingan untuk menarik semula perhatian murid terhadap pelajaran.
1. Kalau tuan pergi ke kedai
Belikan saya buah keranji
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?
2. Ada sebiji roda pedati
Bentuknya bulat daripada besi
Bila bermain diikat sekuat hati
Dilempar hidup dipegang mati?
3. Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?
4. Burung nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?
5.Bunga orkid indah warnanya
Penyeri taman dan juga hutan
Ramai orang datang bertanya
Bintang apa hidup di lautan?
6. Pak Pung Pak Mustafa
Encik Dollah dirumahnya
Ada tepung ada kelapa
Gula Melaka jadi intinya
7. Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib disangkakan mati
Kalau mati mana kuburnya?
8. Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata satu
Ekornya tajam apakah itu?
9. Jika tuan membeli tikar
Tikar anyaman dari mengkuang
Kalau Tuan bijak pintar
Ular apa membelit pinggang?
10. Masak tumis sambal petai
Makan kenyang sambil sendawa
Anda menziarah sahabat handai
Buah apakah yang akan dibawa?
11. Pokoknya bulat dan juga rendang
Masam dan hijau ketika muda
Buahnya berbentuk seperti bintang
Sudah masak, kuninglah ia
12. Belayar perahu dari Bentan
Menyusur tepi Selat Melaka
Lebar kepala dari badan
Apakah ikan cubalah teka?
13. Mak Minah menanak minyak
Kemenyan dibakar dengan setanggi
Dua peha beranak banyak
Untuk mendaki tempat yang tinggi?
14. Orang bekerja diberikan upah
Hidangan disaji dalam talam
Gajah putih ditengah rumah
Layar terkembang di waktu malam?
15. Gigi berduri tatah bersigai
Pembelah kayu ia berguna
Jika tuan orang yang pandai
Benda apakah makannya dua cara?
16. Jika ke kedai pergi berbelanja
Belikan saya sudu dan senduk
Jika pandai katakan ia
Semakin berisi semakin menunduk?
17. Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?
18. Pisau lipat dimainnya kera
Tangannya luka lalu terjun
Makan kuat tidak terkira
Kenyangnya tidak tahi bertimbun?
19. Minah ketawa terjerit-jerit
Melihat koyak pada seluar
Orang putih duduk sederet
Pagar didalam tebing diluar?
20. Tuan puteri belajar menari
Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau Tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun?
Senarai Jawapan
Jawapan 1 : Ayam
Jawapan 2 : Gasing
Jawapan 3 : Buah Melaka
Jawapan 4 : Belon
Jawapan 5 : Tapak Sulaiman
Jawapan 6 : Buah Melaka
Jawapan 7 : Kilat
Jawapan 8 : Jarum
Jawapan 9 : Tali Pinggang
Jawapan 10: Buah Tangan
Jawapan 11: Belimbing
Jawapan 12: Ikan Pari
Jawapan 13: Tangga
Jawapan 14; Kelambu
Jawapan 15: Gergaji
Jawapan 16: Padi
Jawapan 17: Ketam
Jawapan 18: Api
Jawapan 19: Gigi
Jawapan 20: Umur
Posted by NORLIZA YAAKOP at 20:31 0 comments
Jadikan teladan ye!!Kita tentu bukan cikgu yang macam ni."Ceria Anak Orang , Ceria Anak Kita".Fikir-fikirkanlah......
Posted by NORLIZA YAAKOP at 18:05 0 comments
Posted by NORLIZA YAAKOP at 17:58 0 comments
Asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang digunakan oleh masyarakat itu.Maka tidak hairanlah jika hari ini kita lihat banyak negara maju masih mengekalkan penggunaan bahasa masing-masing yang diwarisi sejak turun temurun.
"Budi Bahasa Budaya Kita" antara satu ungkapan yang menggambarkan peri pentingnya bahasa itu yang boleh menggambarkan kita sebagai masyarakat yang beradab.Bahasa yang kita tuturkan berupaya menggambarkan sahsiah kita.Kesantunan berbahasa yang kita perjuangkan dalam kalangan masyarakat penuturnya telah mengangkat martabat masyarakat di nehara kita sebagai masyarakat yang permah , bersopan-santun , berbudi pekerti mulia dan berbudi bahasa.
Kita dikagumi oleh masyarakat seantero dunia diebabkan perpaduan yang dikecapi dalam masyarakat yang berbilang kaum.Kita mengunakan bahasa yang satu iaitu Bahasa Melayu tanpa prejudis.
Ini bertepatan sekali dengan pantun melayu yang berbunyi :
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Indahnya pantun melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek pertuturan.Marilah kita sama-sama memartabatkan bahasa Melayu agar Bahasa Melayu terus unggul di mata masyarakat.
Posted by NORLIZA YAAKOP at 17:46 0 comments