Pencemaran bahasa merangkumi kesalahan bahasa dan aspek tatabahasa , struktur ayat , ejaan , istilah , penggunaan bahasa rojak dan sebagainya.Bahasa yang dahulunya menjadi 'lingua franca' kini kian hilang martabatnya apabila penggunaannya yang membabi buta tidak dikenakan tindakan.Hal ini akan menyebabkan bahasa melayu akan hilang martabatnya kerana bangsa yang menggunakan bahasa itu sendiri tidak mempunyai inisiatif untuk memartabatkan bahasa melayu.
Pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam usaha membendung masalah pencemaran bahasa.Di sekolah , pelajar sering didedahkan dengan pelbagai kesalahan bahasa oleh guru-guru Bahasa Melayu.Apabila para pelajar melakukan kesalahan dalam berbahasa , guru hendaklah menegur dan memperbetulkan kesalahan mereka.
Selain itu , pihak sekolah juga perlu menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahasa.Contohnya mengadakan bulan bahasa yang diisi dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti pidato , syarahan , kuiz bahasa dan aktiviti lain yang sesuai.

0 comments:
Post a Comment