Blogger Templates

Monday, 21 November 2011

OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpah hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu , berbuah hikmah,
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah,

Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk , melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan,
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih,
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan
walau diambilnya kembali semua buku,
sempat ditinggalkan asas ilmu

Guru adalah batin suci hati nurani,
penjunjung budi , manusia yang takwa.
obor hemah kehidupan bangsa.

----A SAMAD SAID--------
        2 APRIL 1988

Sunday, 20 November 2011

Kesalahan umum tatabahasa (1)

Kata Ganti Diri

1. Kata beliau , dia , ia , kami , kita dan mereka sering digunakan dengan salah.
2. Kata beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang.Contoh:

         * Firdaus dihukum.Beliau ponteng sekolah. (salah)
            Firdaus dihukum.Dia ponteng sekolah. (betul)


         *Anjing itu garang.Beliau terpaksa dikurung. (salah)
           Anjing itu garang.Anjing itu terpaksa dikurung (betul)

3. Kata dia dan ia tidak boleg digunakan untuk binatang dan benda.Contoh:

         *Baju ini mahal.Ia diimport dari Itali. (Salah)
           Baju ini mahal.Baju ini diimport dari Itali. (Betul)

4. Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.Contoh:

         *Ayam-ayam itu dikurung.Mereka akan disembelih. (salah)
          Ayam-ayam itu dikurung.Ayam-ayam itu akan disembelih (betul)

5. Kata mereka tidak boleh diulang.Contoh:

         * Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. (salah)
            Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat (betul)


Pencemaran bahasa merangkumi kesalahan bahasa dan aspek tatabahasa , struktur ayat , ejaan , istilah , penggunaan bahasa rojak dan sebagainya.Bahasa yang dahulunya menjadi 'lingua franca' kini kian hilang martabatnya apabila penggunaannya yang membabi buta tidak dikenakan tindakan.Hal ini akan menyebabkan bahasa melayu akan hilang martabatnya kerana bangsa yang menggunakan bahasa itu sendiri tidak mempunyai inisiatif untuk memartabatkan bahasa melayu.

Pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam usaha membendung masalah pencemaran bahasa.Di sekolah , pelajar sering didedahkan dengan pelbagai kesalahan bahasa oleh guru-guru Bahasa Melayu.Apabila para pelajar melakukan kesalahan dalam berbahasa , guru hendaklah menegur dan memperbetulkan kesalahan mereka.

Selain itu , pihak sekolah juga perlu menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahasa.Contohnya mengadakan bulan bahasa yang diisi dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti pidato , syarahan , kuiz bahasa dan aktiviti lain yang sesuai.

Kepentingan Kod Etika Perguruan

Guru perlu memiliki kod etika sendiri demi memartabatkan profesion perguruan.Kod Etika dianggap penting kerana:
-menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan
-Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan
-kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding Kod Etika negara lain
-Kod Etika dalam bentuk dokumen ,usaha untuk menyemak kod ini dapat dilakukan.
-menerusi Kod Etika , guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi.
-Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.

Seronoknya Belajar Tatabahasa Tahap 1 (Preview for CD-ROM content)

ABC song (malaysian style)

perkataan vokal berganding bm pem

Lagu bacaan KVKVKV.wmv

Sunday, 13 November 2011

LANGKAH 1 SUKU KATA TERBUKA.wmv

Wednesday, 2 November 2011

PN NORLIZA YAAKOP

Menjemput semua blogger menjadi pengikutnya